Terdapat beberapa perlindungan kemalangan diri berkelompok (Group Personal Accident – GPA) yang boleh disediakan, antaranya adalah:
1. GPA untuk Murid Sekolah
Perlindungan ini biasanya diambil oleh pengusaha tadika / taska secara berkelompok untuk melindungi anak-anak dalam jagaan atau belajar di tempat mereka, bersama-sama semua guru yang mengajar dari risiko kemalangan diri yang boleh berlaku.
Terdapat juga beberapa insurer yang boleh juga diambil secara individu dan biasanya diambil boleh ibu bapa kepada murid tersebut. Tekan button whatsapp di bawah untuk dapatkan lebih info dan sebutharga dari kami.
2. GPA untuk Event
Perlindungan ini disediakan untuk penganjur yang menganujurkan event seperti contoh fun run, fun walk, fun bike dan bermacam-macam nama lagi.
Event seperti ini biasanya bersifat jangka masa pendek iaitu penganjurannya mengambil masa 1 hari atau beberapa hari sahaja. Semua peserta yang mengambil bahagian boleh dilindungi dalam pelan kemalangan diri berkelompok ini.
Penganjur mestilah terdiri daripada entiti syarikat, koperasi, persatuan yang berdaftar. Individu tidak diterima sebagai penganjur.
Tekan button whatsapp di bawah untuk dapatkan lebih info dan sebutharga dari kami
3. GPA untuk Pekerja
Sebagai majikan, anda boleh sediakan perlindungan ini untuk para pekerja anda, sebagai salah satu tanggungjawab kebajikan untuk mereka. Perlindungan ini melindungi pekerja dari risiko kemalangan diri yang mungkin boleh berlaku di tempat kerja.
Tekan button whatsapp di bawah untuk dapatkan lebih info dan sebutharga dari kami