Perlindungan tambahan untuk banjir atau bencana alam
Percuma towing 24 jam
Percuma bantuan tepi jalan 24 jam
Kelulusan segera
Proses tuntutan yang mudah dan cepat
Panel workshop seluruh Malaysia
Sesuai untuk bukan warganegara juga
Juga sesuai untuk kegunaan e-hailing atau p-hailing
Dapatkan Sebutharga PERCUMA
"*" indicates required fields
Turut menyediakan perlindungan
Travel Insurance
Pastikan anda dilindungi ketika melancong sama ada dalam negara atau luar negara sepanjang perjalanan pergi sehingga balik. Isikan borang di bawah untuk dapatkan sebutharga:
Perlindungan kelewatan perjalanan (flight delay)
Perlindungan kerosakan barangan peribadi
Kelewatan bagasi
Kematian atau hilang upaya kekal
Banyak lagi
Dapatkan Sebutharga PERCUMA
"*" indicates required fields
Apa yang kami boleh bantu?
PERKHIDMATAN KAMI
Insurance & RoadTax Renewal
Perkhidmatan memperbaharui insurans dan road tax kenderaan anda, khususnya kereta dan motorsikal. Dapatkan sebutharga hari ini
Pergi travel sama ada domestik atau antarabangsa dengan lebih tenang apabila diri dilindungi oleh pelan perlindungan untuk melancong / travel. Dapatkan sebutharga hari ini!
Bagaimanakah caranya untuk saya perbaharui insurans kereta dan roadtax saya di AllJCover.com?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu berikan beberapa maklumat kepada kami melalui borang yang disediakan atau terus klik button whatsapp. Kemudian, kami akan berikan sebutharga yang bersesuaian dengan kenderaan anda. Anda boleh pilih syarikat insurans atau takaful yang diingini dan buat pembayaran kepada kami untuk aktifkannya
Sebutharga dari syarikat insurans yang manakah saya boleh dapatkan?
Etiqa General Takaful
Allianz
Tokio Marine
Apakah kaedah pembayaran yang ada?
FPX (online banking)
Visa / Mastercard
Bolehkah saya perbaharui roadtax saya jika saya mempunyai saman trafik yang tertunggak dan banyak?
Ketika proses pembaharuan, servis dalam talian JPJ akan membuat semakan saman yang tertunggak ataupun senarai hitam yang telah direkodkan di kedua-dua pangkalan data JPJ dan PDRM. Bagi meneruskan proses pembaharuan roadtax, anda perlu membayar semua saman tertunggak yang telah direkodkan terlebih dahulu.
Bolehkah saya dapatkan bayaran balik?
Bergantung kepada alasan kenapa bayaran balik diperlukan dan ia akan diproses dalam masa 1-5 hari bekerja.
Adakah saya akan menerima resit selepas selesai pembayaran?
Ya. Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan e-resit sebagai rujukan. Sila simpan resit tersebut bagi tujuan rujukan pada masa depan.
Siapakah yang saya boleh hubungi untuk bantuan?
Boleh hubungi kami di:
Whatsapp: 01137656041
Email: alljconnect.sales@gmail.com
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan jika berlaku sebarang kerosakan pada motor atau kereta saya?
Untuk mengemukakan tuntutan insurans kereta, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1:
Hubungi kami di +601137656041 untuk mendapatkan bantuan profesional mengenai tuntutan anda, dari kami.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi talian hotline insurans anda yang disenaraikan di bawah:
Etiqa Takaful: 1-800-88-6491
Allianz: 1800-22-5542
Tokio Marine: 1800 88 1301
Langkah 2:
Berikan semua butir-butir dan dokumen berkaitan dengan kejadian, termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan kejadian, gambar, dan maklumat lain yang diminta.
Langkah 3:
Pihak insurans akan menilai tuntutan dengan segera dan mengesyorkan bengkel panel yang bersesuaian dan berdekatan dan seterusnya meluluskan tuntutan.
Apakah jenis insurans kereta yang ada di Malaysia?
Terdapat dua jenis utama iaitu Komprehensif atau Pihak Ketiga. Polisi komprehensif melindungi kenderaan anda dan pihak lain, manakala pihak ketiga hanya melindungi kerosakan kepada pihak lain.
Apa beza insurans komprehensif dan pihak ketiga?
Insurans 1st party (atau komprehensif) memberikan perlindungan penuh kepada anda dan juga pihak ketiga. Ini termasuk kemalangan, kebakaran, dan kecurian. Jika anda terlibat dalam kemalangan atau kereta anda hilang, anda boleh buat tuntutan kepada syarikat insurans anda. Malah, jika kemalangan itu disebabkan oleh anda dan melibatkan kenderaan lain, pihak ketiga juga boleh buat tuntutan melalui polisi anda.
Manakala insurans 3rd party (atau pihak ketiga) hanya melindungi pihak ketiga iaitu orang lain, bukan anda. Kalau anda langgar kereta orang di lebuh raya secara tak sengaja, syarikat insurans akan bayar ganti rugi kepada mangsa. Tapi kerosakan pada kereta anda sendiri perlu ditanggung sendiri kerana ia tidak dilindungi.
Bolehkah saya perbaharui insurans kereta lebih awal sebelum tarikh tamat?
Ya, anda boleh renew insurans lebih awal, iaitu seawal 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Apabila anda memperbaharui insurans lebih awal, ia tidak akan menjejaskan insurans sedia ada. Insurans semasa akan kekal aktif sehingga tarikh luputnya, manakala polisi insurans baru yang anda perbaharui hanya akan bermula selepas polisi semasa tamat.
Bagaimana untuk semak tarikh luput insurans saya?
Anda boleh semak melalui MyCarInfo, sistem JPJ atau melalui syarikat insurans anda.
Apa itu NCD (No Claim Discount)?
NCD ialah diskaun yang diberi kepada pemandu yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh perlindungan insurans mereka.
Perlu buat PUSPAKOM untuk renew roadtax?
Hanya jika roadtax tamat lebih dari setahun atau ada perubahan pada struktur kenderaan.
Bagaimana nak tahu roadtax saya dah aktif?
Semakan boleh dibuat di aplikasi MYJPJ atau kami akan maklumkan kepada anda.
Apa beza antara roadtax fizikal dan digital?
Roadtax fizikal ialah pelekat bercetak yang dilekatkan pada cermin hadapan kenderaan sebagai bukti cukai jalan telah dibayar. Manakala roadtax digital pula adalah bukti dalam talian yang disahkan melalui sistem JPJ dan tiada pelekat fizikal diperlukan.
Adakah saya akan dapat salinan fizikal polisi dan roadtax?
Ya. Polisi dihantar melalui email atau whatsapp anda dan roadtax boleh dipilih versi digital atau penghantaran fizikal.
Apa perlu buat selepas kemalangan kecil?
Ambil gambar, tukar maklumat dengan pihak terlibat, buat laporan polis dalam 24 jam, dan hubungi syarikat insurans.
Boleh buat tuntutan cermin depan tanpa hilang NCD?
Ya, jika anda ada ambil add-on perlindungan cermin depan.
Bagaimana untuk tuntut kerosakan akibat banjir?
Hanya boleh jika anda tambah perlindungan bencana alam. Laporan polis dan bukti kerosakan diperlukan.